Friday, June 3, 2011

ADUHAI AWI RAFAEL

Assalamualaikum.. saya bukannya apa.. saya berasa amat tidak puas hati sejak mendengar lagu dendangan seorang penyanyi lelaki yang kini ,agak terkenal dengan lagunya, PULANGLAH..amat tidak puas hati!!! Tidaklah banyak pun kesalahan yang dia lakukan sehinggakan saya amat geram dengan makhluk seorang ini. Kita sebagai manusia memang tidak layak untuk menilai seseorang itu dengan apa yang dibuatnya.. tetapi ,,, keterlaluankah jika saya menggelarnya dengan ..frasa PEROSAK BAHASA.Jika ya jawapannya, maafkan saya yang naif ini. Tapi ..tahap kegeraman saya ini masih di tahap kod warna merah yang bermaksud amat tinggi. Siapakah Awi Rafael?? Tidak perlulah saya menghuraikan dengan lebih lanjut.. Kalian masih berdaya lagi menggunakan tenaga dari A.T.P. kalian dan seterusnya menaip nama AWI RAFAEL di GOOGLE .COM . Seterusnya , bolehlah kalian mencari maklumat yang lengkap tentangnya. CUKUP>> Saya amat tidak suka dengan lagunya yang sememangnya dengan terang lagi bersuluh mencampur-adukkan bahasa melayu kebanggan rakyat kita (walaupun sebenarnya ada segelintir rakyat yang mengaku nampak bodoh jika berbahasa melayu) dengan bahasa inggeri dalam lagu ciptaannya..AKU CUKUP PANTANG BETUL ....Lebih kurang beginilah ayat yang pertama sekali terpacul keluar dari mulut saya ketika mendengar lagunya melalui salah seorang rakan saya.... Wah.. dengan sesedap perisa orennya dia melengkapkan karyanya itu dengan penuh rasa bangga. Heh.. dengar sini wahai Awi Rafael..Kamu berbangsa Melayu . Sepatutnya kamu bangga dengan bangsa dan bahasa yang kamu miliki. MELAYU.. fuh.. tetapi yang ganjilnya.. ramai pula yang menggemari lagu ini. Bagi saya , lagukah, iklankah.. yang pasti.. Bahasa Melayu yang betul haruslah digunakan sebagai medium ataupun gunakanlah sahaja Bahasa Inggeris .Apa yang susah sangatnya, tidak perlu lagi membuang masa mencampurkan bahasa ini dengan bahasa itu.. Bagi saya, lagu ciptaannya itu memang sedap.. saya layan juga dengan alunan tempo dan susunan melodinya yang santai tetapi hati saya terus menjadi geram apabila kedengaran lirik lagunya yang ditambah dengan perkataan runaway.. everyday .. monday.. tuesday.. amarahku semakin menjadi- jadi apabila dia ditanya dengan soalan mengapa dicampur-adukkan bahasa atau lebih mudah dipanggil bahasa rojak dalam lagunya oleh seorang wartawan hiburan.. (tidak silap saya melodi..rasanya.. iklan sahajalah..)katanya 'KALAU SAYA TAK CIPTA LAGU MACAM NI TAKDELA WARTAWAN MELODI TEMURAMAH SAYA..' walaupun dengan nada humor.. tetapi jawapannya memang menyakitkan hati dan menjelekkan minda.. sudah-sudahlah memalukan kaum Melayu, merosakkan bahasa.. Janganlah nanti mempersoalkan kembali dengan penuh yakinnya.. berkata begini..'ALAH.. SIKIT JE AKU ROJAKKAN' kuantiti tak bermakna apa-apa jika mahu dibandingkan dengan tohmahan kaum lain yang menafikan penggunaan bahasa melayu mesti digunakan oleh seluruh rakyat malaysia sedangkan orang kita sendiri tak mendaulatkan bahasa mereka sendiri.Sedarlah....hal ini bukan sahaja diutamakan untuk dikenakan pada subjek utama saya pada hari iniyakni Awi Rafael.. bahkan juga kepada sesiapa yang tergigit cabai burung..terasa pedasnya.. Anda bukannya seseorang individu yang mahu belajar bahasa inggeris.. Bagi saya, dalam hal itu boleh dimaafkan kerana kita ingin belajar..Biarpun kamu rakyat Singapura di man negara kamu tidak mementingkan bahasa Melayu sekalipun..tetapi yang pasti, kamu masih lagi individu yang menjalani hidup atas tiket bangsa Melayu.. Saya hanya ingin menyedarkan kamu.. sebelum terlambat.. jangan jadi perosak bahasa.. kerana BAHASA MENUNJUKKAN IDENTITI BANGSA KAMU.. jika kamu tidak berbangga dengan bangsa kamu pun.. berilah sedikit ruang untuk kamu berbangga dengan bahasa kamu.. KAMU MEMILIKI BAHASA..

lagi seorang .. terang terangan sengaja lupa akan peranan bahasanya siapa


ZEE AVI- KANTOI..

Saturday, April 2, 2011

SEBUAH KEJAYAAN.

ASSALAMUALAIKUM.. wah.. sudah terlalu lama rasanya saya tidak mengemaskinikan blog saya ini. hmm.. Sejak kebelakangan ini, saya sentiasa terfikir tentang kejayaan dalam hidup. HIDUP, ya.. jika sudah namanya hidup, tentulah ada masalah.. kegagalan, manisnya, dan bagi saya takrifan saya sendiri terhadap kehidupan seperti pergi ke restoran. Mengapa ya? bayangkan kita menuju ke sebuah retoran yang kita tidak ketahui apakah perkhidmatannya menepati kehendak kita? apabila kita sudah merasai makanan di tempatnya, pastinya kita ingin berkunjung lagi jika makanannya sangat sedap.. namun restoran tersebut pasti menjadi makanan tong sampah minda kita apabila makanannya tidak menyelerakan.. begitulah jika kita aplikasikan dalam kehidupan. Siapa yang mahu meneruskan kehidupan dengan perkara yang tidak menepati selera kita,.. bukan? haha mungkin ada sesetengah orang yang tidak memahami perkara yang cuba saya sampaikan, namun kalian,,, cuba fikirkan sedalam-dalam nya. adakah kita inginkan sesuatu yang kita tidak suka menjadi sebahagian dalam hidup kita.. melainkan perkara tersebut sememangnya ditakdirkan dalam loh mahfuz, pastinya terkandung suatu hikmah. jika saya saya amat menyukai kejayaan .. ( siapa yang mahukan kegagalan) maksud saya kejayaan dalam bidang yang saya ingin ceburi iaitu dalam bidang kejuruteraan . saya amat menyukai fizik. (namun rasa suka itu berubah apabila masuk ke kelas fizik jika saya tidak memahami sub topik yang diajar..) (dan sebab itu saya meletakkan gambar saya sedang memegang bingkai gambar yang melindungi potret kakak sulung saya menggenggam segulung ijazah sarjana muda sains ...........[tidak pasti sains apa]) bukanlah maksud saya mahu mengecilkan apa yang telah diperoleh oleh kakak saya itu namun cuma ingin melakukan yang lebih baik lagi daripada kakak saya.. Dan kerana itu juga saya ingin berbicara tentang kejayaan dalam hidup. kerana kesedaran untuk berjaya dalam hidup kadangkala dipengaruhi oleh seseorang di sebaliknya. baiklah sampai di sini sahaja.. bicara kita akan disambung lagi pada tinta saya yang akan datang.. SALAM .. ~SALAM BELIA PENJANA IDEA POSITIF UNTUK NUSA NEGARA.~

Saturday, June 5, 2010

kadang- kadang saya sendiri pun terfikir... apa yang perlu kita lakukan... dunia kini pun sudah berubah... lagi difikir... lagi botak kepala rasanya.... remaja yang kini sudah tiada rasa malu... pembangunan bebas dimajukan,,, memang tidak salah... tetapi....................... bukankah perlu sesuatu yang dipanggil kesedrhanan itu... dalm sesetengah perkara...itu.. sudah satu hal... pemanasan global... entahlah... FIKIRKAN UMAT MUHAMMAD....

Friday, February 5, 2010

pengorbanan

apa yang dapat dilihat.......... di kiri kanan jalan raya semuanya bangunan bangunan konkrit belaka. tipulah kalau saya tak bangga melihat kejayaan malaysia dah jauh lebih maju............ daripada 50 thn dahulu... ... tapi adakah ini satu harga bagi sebuah pembangunan apabila kita... dah pun mencapai kejayaan pembangunan yang hebat......... bak kata orang inggerissss a superb development........ tapi mampukah kita memikul pembangunan ini jika warisan kebudayaan kita hilang ditelan perasaan keghairahan untuk meneroka satu transformasi baru......... pembangunan. memang bagus lebih lebih lagi bagi negara membangun seperti malaysia . tapi... tidak terasa rugikah kita di sebalik sifat celik ict dalam kalangan rakyat malaysia......... tersimpan kisah duka di mana kita telah kehilangan satu yang lebih berharga yakni. warisan yang telah diwasiatkan oleh nenek moyang kita kepada generasi ini. remaja pun sudah hilang budi bahasa nya. tidak semua........ bukan segelintir. tapi kebanyakannya..... fikirkan.